Islamic Widget

Sunday, October 24, 2010

5 CARA MEMILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) . 

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

mudah-mudahan kita akan menemui sahabat yg dicari-cari & menjadi sahabat yg dicari-cari..

6 PESANAN RASULULLAH S.A.W

1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA 
AZAN DILAUNGKAN 

-wanita hendaklah s0lat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu: 
i.Ajal yg datang tnpa d sangka2 
ii.datang bulan yg tdak djangka waktunya 
iii.kedatangan tetamu ke rumah 
-sebenarnya,sebaik2 tempat s0lat bg wanita adalah d rumahnya sendiri 

2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR 

a.Al-Quran 
-Sabda Nabi Muhammad saw.. 
'Tetaplah kamu mmbaca Al-Quran kerna ia adalah NUR untk kehidupan & 
bekalan untk hari akhirat. ia merupakan kekasih d dalam kubur & pemberi 
syafaat d akhirat kelak.." 
-hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerna kite wajib mengkhatam Al-Quran 2 thn sekali..ia juga merupakan hak Al-Quran..dikatakan jika kite ingin menghabiskan bacaan kite,kite hendaklah membaca 4muka @2helai 
-Ajarkan Al-Quran kpd anak2 dan membiasakan mereka mmbacanya stiap hari, & jdkan salah se0rg drpd anak kite hafiz Al-Quran 

b.Zikir 
-Kite hendaklah istiqamah mengingat Allah tdak kire dlm apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yg mungkin se0lah2 kite mlihat Allah & Allah mlihat kite 
-kite kne berusaha untk habiskan zikir 300x pg & 300x ptg iaitu slepas waktu subuh & asar 

3) ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM 

-merupakan 1 pr0ses blaja & mengajar 
-hdupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah scara istiqamah krna ia akan mndtgkan kesan yg baik pd dri kite 
-majlis ini dhadiri 0leh para malaikat & ia merupakan sunnah rasullullah saw.. 
-fadhilatnya : 
i.rumah yg istiqamah mngadakn majlis ini akan brcahaya spti bintang2 bg penduduk langit.. 
ii.Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dlam rumahtgga kite. 
iii.Syaitan2 akn keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kite.. 

4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM 

-Kite kne pastikan supy kite wujudkan suasana madrasah dlm rumah kite untk kite dpatkan suasana iman & amal,supy seng untk kite didik anak2 kite.. 
-Dekatkanlah anak2 kite dgan kisah2 para sahabat supy akhlak mereka sperti sahabiah2 dahulu.. 
-ajarkan mereka juga d0a2 masnun & supy mereka yakin dgan Allah, dan terapkan sunnah2 rasullullah saw dlm kehidupan mereka.. 
-''didiklah anakmu dgan 3 prkara iaitu, Cinta kpd nabi mereka,cinta kpd ahli keluarga dan bacalah Al-Quran 

5) HIDUP BSEDERHANA 

-hiduplah scara bsederhana,ikt kmampuan.. 
-luangkan masa untk melakukan bnyak amal ibadat.. 
-lihat 0rg yg lebih miskin supy kte akan merasa syukur dgan kurniaan Allah SWT.. 

6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH 

-galakkan suami untk keluar brdakwah untk menegakkan agama Allah supy 
iman & amal dpt wujud dlam rumahtgga kte.. 

Selagi Bergelar Manusia

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan 
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur 
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka 
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga 
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta 

Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. 
Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!
Sahabat-sahabat Jakim Negeri Sabah

Salam Ukhuwah

        Segala puji-pujian, segala puja-pujaan kita kembalikan kepada Allah, kepada-Nya kita berlindung dan memohon pertolongan, dan kepada-Nya jugalah kita tujukan segala taubat kita atas semua kederhakaan kita kepada Allah selama ini. Selawat dan salam juga tidak kita lupakan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w., ahli bait baginda, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka-mereka yang merintis dan meneruskan perjalan hidup baginda.InsyaAllah

Muhabbah@ Darul Salam